Bahan-bahan
6 ekor ikan kembong (ikan pape pun bleh) - siap dibersihkan
1 cawan tepung beras
1 sk serbuk kunyit
1 biji telur (jika suka)
garam
minyak masak untuk menggoreng
tisu/kertas minyak/ kertas A4 putih
Cara Penyediaan
1. Campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam ke dalam satu bekas.
2. Buatkan lubang ditengah dan masukkan telur. Jika tak mahu letak telur bleh terus letak air.
3. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi pekat. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Rehatkan seketika (dalam 2-3 minit).
4. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ikan kembong ke dalam campuran tepung tadi. Lumur ke seluruh ikan dan goreng menggunakan api sederhana.
5. Setelah garing, angkat ikan dan letakkan ke atas pinggan yang di alas tisu/kertas minyak/ kertas A4 putih untuk tujuan penyerapan minyak.
Senang je kan? haa.. pe lagi... try la wat sndri...
Selamat Mencuba!!!
\\(^_^)//
No comments:
Post a Comment