Monday, November 26, 2012

BUBUR AYAM ISTIMEWA (PORRIDGE)

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (potongan biasa/kecil)-siap dibersihan
1/2 cawan beras
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 inci halia (lg banyak lg sedap)
3 biji cili api
2 sk serbuk lada hitam
4 inci lobak merah (potong dadu)
sedikit kobis (jika suka)
2 sb sos tiram
1 kiub ayam (jika suka)
garam
air secukupnya

masa: 30 - 45 minit

Cara Penyediaan
1. Basuh beras seperti biasa. Untuk masak bubur nasi, pastikan masukkan air dengan kadar yang secukupnya dan sentiasa masukkan air ke dalam periuk sehingga nasi betul2 lembik seperti yang dimahukan. Kacau sekali sekala untuk elak daripada berkerak.
2. Sementara menunggu nasi menjadi bubur, potong lobak bentuk dadu. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia serta kobis.
3. Setelah bubur 1/2 masak, masukkan ayam.
4.Setelah ayam empuk dan bubur telah menjadi, masukkan sayur-sayuran, cili api, sos tiram, serbuk lada hitam dan kiub ayam. perasakan dengan garam. Kacau rata.
5. Hidang dan hias dengan daun bawang.

Mmmm.... mkn panas2 mmg sdp..

~ hot & spicy ~

IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan

6 ekor ikan kembong (ikan pape pun bleh) - siap dibersihkan
1 cawan tepung beras
1 sk serbuk kunyit
1 biji telur (jika suka)
garam
minyak masak untuk menggoreng
tisu/kertas minyak/ kertas A4 putih

Cara Penyediaan

1. Campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam ke dalam satu bekas.
2. Buatkan lubang ditengah dan masukkan telur. Jika tak mahu letak telur bleh terus letak air.
3. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi pekat. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Rehatkan seketika (dalam 2-3 minit).
4. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ikan kembong ke dalam campuran tepung tadi. Lumur ke seluruh  ikan dan goreng menggunakan api sederhana.
5. Setelah garing, angkat ikan dan letakkan ke atas pinggan yang di alas tisu/kertas minyak/ kertas A4 putih untuk tujuan penyerapan minyak.

Senang je kan? haa.. pe lagi... try la wat sndri...

Selamat Mencuba!!!
\\(^_^)//

Sunday, November 25, 2012

SUP IKAN MERAH (6 ORANG)

Bahan-bahan
5 potong ikan merah
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 batang serai (ketuk)
4 helai daun limau purut
1 keping asam keping
sup ikan bunjut (ADABI)
air secukupnya
garam
gula

Bahan kisar

3 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi (tambah ikut kepedasan & jika taknak blend, ketuk aje)

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan asam keping sehingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya, gaul rata. Biarkan air sedikit panas.
3. Masukkan ikan merah, sup ikan bunjut dan daun limau purut. Kacau sekali sekala.
   Isi ikan merah tidak hancur apabila dikacau. Biarkan mendidih.
4.Masukkan serbuk lada hitam. Gaul sedikit dan kecilkan api biarkan sup mereneh.
5.Perisakan sup dengan memasukkan garam dan gula secukupnya.

Hias dengan daun bawang.


Boleh lah dihidangkan. Cik Siti buat nasi lembik dan makan bersama sup ikan ni.. memang ummpph!!



OK.... SELAMAT MENCUBA....