Wednesday, December 16, 2015

Pajeri Nanas Kelantan

Satu hari, adik saya teringin nak makan pajeri nanas. Then, tanya dia yang berkari tu ke? Bukan.. yang manis macam acar.. Makanan orang kelantan.. So, saya pon tanya pak cik google.. At last, terhasillah pajeri nanas yang dalam gambar tu. First trial guna bahan yang ada kat dapur je..



1/2 biji nanas (potong suka ati)
4 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
kulit kayu manis ( x de stok so x isi)
buah pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
buji sawi ( xde stok jugak)
serbuk kunyit
gula (lebihkan) dan garam

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang merah dan putih.
2. Panas minyak, tumis bawang yang ditumbuk tadi bersama buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sampai naik bau.
2. Masukkan nanas dan serbuk kunyit. Gaul rata.
3. Masukkan garam dan gula. Masukkan gula lebih. Rasanya memang akan manis sedikit.
4. Kacau rata. Biarkan seketika supaya semua bahan sebati dalam nanas tadi.
Tak perlu isi air sebab nanas tadi akan mengeluarkan airnya sendiri. kalau isi nanti berkuah pulak nanas tu..
5. Agak-agak sebati dan dah cukup rasa, boleh lah tutup api dan hidangkan...

Selamat mencuba!

SUP IKAN SIAKAP

Assalamualaikum... Ok. Resepi kali ini macam tajuk kat atas tulah. Sup Ikan Siakap..
One of  family's favorite menu...
Selain ikan merah, ikan siakap juga sedap dibuat sup.. yumm..yumm...



Bahan-Bahan yang diperlukan :
1 ekor ikan siakap (potong beberapa bahagian)
1 biji bawang besar holland-kisar
1 biji bawang merah kecil-kisar
3 biji bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
6-7 tgkai cili padi (terpulang kepedasan masing2)-kisar
1 sup bunjut ikan adabi (paket warna biru)
1 keping asam keping
2 batang serai (ketuk)
batang saleri (x isi sbb xde stok dalam peti..hihi)
daun saderi
air secukupnya
garam

MSG @ Ajinomoto?? tak perlu...tak elok amalkan MSG kan...

Cara-Caranya :
1. Masukkan semua bahan kisar dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai naik bau dan garing sedikit. Masukkan serai dan semua bahan dalam paket sup bunjut. Tumis sekejap sampai naik bau.
3. Masukkan air secukupnya. Masukkan garam. Rasa. Biar sedikit masin sbb makan dengan nasi nanti sedang elok je rasanya.
4. Bila sup dan mengelegak, masukkan ikan siakap.
5. Biarkan ikan masak atas dapur seketika. Jangan kacau. Hancur ikan nanti.
6. Sambil-sambil tunggu ikan masak boleh la potong daun saderi.
7. Agak2 ikan dan masak, Tutup api. Taburkan daun saderi tadi. Hidang.

Dengan erti kata lain, lebih kurang wat sup ayam je..bezanya kita guna ikan dan sup ikan.

Selamat mencuba!


Monday, December 7, 2015

Resepi Pajeri Terung

Assalamualaikum wbt...
Arini teringin kongsi resepi pajeri terung.



Bahan-bahannya mudah aje..Macam nak masak kari yang pekat.

terung                      5-6 batang (potong 2inci)
serbuk kari              2 paket (kalu rase pekat sangat 1 paket pon boleh)
santan pekat            2 cawan
air asam jawa          (larutkan bersama serbuk kari)
bawang merah         5 biji -kisar
bawaang putih         4 biji - kisar
halia                        1 inci - kisar
bunga lawang           1 biji
kulit kayu manis      1 btg
buah pelaga             2 biji
bunga cengkih         2 biji
kerisik                     1 paket
gula dan garam secukup rasa


CARA-CARA
1. Goreng terung (sekejap aje), toskan minyak.
2.Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau.
3. Masukkan kari, tumis sampai terbit minyak.
4. Masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan tunggu mengelegak sedikit, masukkan kerisik.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan kuah sedikit pekat.
6. Akhir sekali masukkan terung yang dah digoreg awal2 tadi. Kacau rata, tutup api dan boleh lah dihidang,

Mudah kan. Jom Makan! :D

Selamat Mencuba!





Saturday, September 19, 2015

IKAN PATIN TEMPOYAK SIMPLE YANG SEDAP

Sebenarnye semalam masak patin tempoyak tu.. Arini baru terase nak kongsi resepi..huhu..
Resepi yang simple dan biase2 aje.. tp sedap dan cepat siap..

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan patin (saiz sederhana)
daun kesum

BAHAN KISAR
3 sudu besar tempoyak
1cm belacan (nk lebih sdp, bakar dlu)
2 biji cili padi (terpulang ikut kepedasan masing2)
1 sudu cili kering
serbuk kunyit
gula
garam
air secukupnya

CARA-CARA
1. Blend semua bahan yang perlu dikisar, masukkan dalam periuk.
2. Tggu hingga menggelegak. Masukkan daun kesum. Rasa dahulu. Jika kurang masam, boleh        
    tambah asam keping.
3. Dah agak2 cukup rasa, barulah masukkan ikan patin tadi.
4. Biarkan dalam 3-4 minit agak2 isi ikan dah masak, tutup api. Hidang.

Mudah aje kan..
Makan dengan nasi panas.. Pergh... Sedap...
Penting, tiada MSG.

Sorilah xde gambar. pasal dah abis..hehe..

Selamat Mencuba

Monday, November 26, 2012

BUBUR AYAM ISTIMEWA (PORRIDGE)

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (potongan biasa/kecil)-siap dibersihan
1/2 cawan beras
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 inci halia (lg banyak lg sedap)
3 biji cili api
2 sk serbuk lada hitam
4 inci lobak merah (potong dadu)
sedikit kobis (jika suka)
2 sb sos tiram
1 kiub ayam (jika suka)
garam
air secukupnya

masa: 30 - 45 minit

Cara Penyediaan
1. Basuh beras seperti biasa. Untuk masak bubur nasi, pastikan masukkan air dengan kadar yang secukupnya dan sentiasa masukkan air ke dalam periuk sehingga nasi betul2 lembik seperti yang dimahukan. Kacau sekali sekala untuk elak daripada berkerak.
2. Sementara menunggu nasi menjadi bubur, potong lobak bentuk dadu. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia serta kobis.
3. Setelah bubur 1/2 masak, masukkan ayam.
4.Setelah ayam empuk dan bubur telah menjadi, masukkan sayur-sayuran, cili api, sos tiram, serbuk lada hitam dan kiub ayam. perasakan dengan garam. Kacau rata.
5. Hidang dan hias dengan daun bawang.

Mmmm.... mkn panas2 mmg sdp..

~ hot & spicy ~

IKAN CELUP TEPUNG

Bahan-bahan

6 ekor ikan kembong (ikan pape pun bleh) - siap dibersihkan
1 cawan tepung beras
1 sk serbuk kunyit
1 biji telur (jika suka)
garam
minyak masak untuk menggoreng
tisu/kertas minyak/ kertas A4 putih

Cara Penyediaan

1. Campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam ke dalam satu bekas.
2. Buatkan lubang ditengah dan masukkan telur. Jika tak mahu letak telur bleh terus letak air.
3. Campurkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi pekat. Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Rehatkan seketika (dalam 2-3 minit).
4. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan ikan kembong ke dalam campuran tepung tadi. Lumur ke seluruh  ikan dan goreng menggunakan api sederhana.
5. Setelah garing, angkat ikan dan letakkan ke atas pinggan yang di alas tisu/kertas minyak/ kertas A4 putih untuk tujuan penyerapan minyak.

Senang je kan? haa.. pe lagi... try la wat sndri...

Selamat Mencuba!!!
\\(^_^)//